![]() Kami yang dulu, bukanlah yang sekarang :)
Wednesday, 29 May 2013 at 20:35 with 0 comment[s]
Assalamualaikum. Cuti bermula, sudah bermula. jadi aku dengan penuh bosan mau share sikit tentang kehidupan aku. eh tajuk kemain bermadah lagi. pulakk pasal kehidupan nie? hahh. ini laa aku mau cerita nie. okay. masa aku masih junior di SMKA Limauan tue. bukan maksud aku, aku sudah layak digelar seorang SENIOR. kenyataannya aku masih JUNIOR. junior yg masih belum matang dalam menempuh kehidupan di muka bumi ini. erti kata lain, masa itu aku masih kecik. budak form one gituu. masa tue, aku masih dapat didikan yg sangat baik. aku tidak terpengaruh dgn org sekeliling. means, pendirian aku masih tetap. masih dikenali dengan Dg. Norafiqah. entah kenapa naik form two, aku kian berubah. sedikit demi sedikit. percayalah, perubahan aku ini teruk. dengan hati yang rela aku ikut pengaruh yang kurang baik. aku tak mau mention siapa orang yang aku ikut tue. dia tidak salah. sebenarnya aku yang salah. inginkan kegembiraan yang mungkin menyakiti hati dan perasaan orang lain. dan dari tahun 2012 laa aku ada GENG. geng? iya geng. bukan mau cakap geng kami tue paling kuat di form two. bukan mau cakap kami berkuasa. tidak. tidak sama sekali. well, kami macam family. dengan penuh kenakalan kami lah tue. mau cakap kami jahat, pun bukan juga. baik? pun tidak. jadi? seimbang laa kali, kan? biasalah, lumrah manusia. bukan semua orang suka dgn perangai kita. kadang ada yg benci. again, LUMRAH MANUSIA. kami memang geng. even kadang ada yang saling tidak puas hati. tapi, percayalah. kami setel semua dengan baik. okay. masa form two nie, kami sering di marah. bertaraf rendah pada waktu itu. kami sedar. kami yang alpa dengan kenakalan yg ada dalam diri masing masing. semua benda kami mau buat. biasalah, jiwa memberontak. tidak begitu? kesedaran memang selalu timbul cuma kami belum bersedia untuk berubah. maksud? sampai bila mau sakitkan hati orang? sampai bila mau alpa dengan tanggungjawab seorang pelajar, dan yang paling besar.. sebagai umat Islam di muka bumi ini? cukup menjadi hantu paling berkuasa sepanjang tahun 2012. kamilah segala raja. escape class. tidak turun subuh. escape prep. lambat perhimpunan. kaki gaduh. mungkin orang mula bosan dengan perangai kami yang nakal sampai nda ingat dunia tue. sejenak aku teringat peristiwa pada malam Mr. Y tendang meja kami sebab bergaduh. bukan apa.. kami cuma perang mulut sahaja. mungkin mengganggu Mr. Y yang sedang mengajar di class form six. kan? macam biasalah. mana mau mengaku bila sudah kena marah. masing masing tunjuk menunjuk. itulah kenangan pahit. opsss. tapi tipulah kan kalau cakap semua kenangan kami nie buat kami menderita untuk dikenang? malah aku merasakan sebaliknya. inilah kenangan yang akan aku kenang bila sudah besar nanti. memang teruk tapi jujur itu semua indah. indah kerana persahabatan kami sangat kukuh. iya, ketawa bersama menangis pun bersama :) tapi kan.. itu dulu. kami sekarang form three. mangsa PMR. last candidate for sure. masihkah kami mau sakitkan hati orang seperti sebelumnya? masih mau nakal? masih mau escape segala bagai? hah. itulah kami dulu dan sekarang. sekarang, masing masing memilih untuk berubah. iya memang sebelum nie kami berubah, tapi ke arah yang kurang baik. jadi, masih ada peluang untuk kami tebus semua tue? yess. peluang sentiasa ada. kami hargai semuanya. kami berubah. even masih ada perangai setan kami, kami sudah try the best. macam selalu orang cakap. berubah sikit demi sedikit. bukan terus terusan kelak memakan diri sendiri, bukan begitu? dengan penuh harapan aku berdoa supaya lepas nie, kami akan berubah sepenuhnya. paling penting, kurangkan memaki. itu kira azam aku 2013 ini. aku harap perubahan kali nie cukup bermakna. entri aku nie bukan mau tunjuk kelemahan aku. geng aku. tidak. ini kenyataan. hidup yang kami pernah lalui. pahitnya sejarah hitam :( okay. masih banyak kerja aku perlu buat. perempuan kan? hihi. sambung lain hari lagi ok. maaf kalau terkasar bahasa or whatsoever. ini luahan. luahan hati yang terpendam. Assalamualaikum. |
![]() ![]() ██████████ 50% in progress. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Template by Rin with basecode, inspiration, icons and images. © All Right Reserved 201_. Best viewed in Google Chrome. Layout ft. Chinen Yuri of Hey! Say! JUMP. « OLD POSTS NEW POSTS » |